Sunday, May 10, 2009

Kakitangan Hospital Mersing tak mesra



1 comment:

  1. Saya ingin mengadu tentang perkhidmatan layanan buruk dan tidak mesra segelintir staff di kaunter pesakit luar hospital Mersing, Johor. Saya sangat2 terkilan, berkecil hati dan malu kerana dilayan buruk dihadapan pesakit2 lain. Ketua Jururawat perempuan bersama pembantu kesihatan perempuan bercakap dengan nada marah2 dan tidak mesra tanpa menerangkan dengan baik kepada saya. Saya kurang faham tentang sistem y perlu saya lalui di hosp Mersing. Apabila saya cuba menerangkan apa yang saya perlukan, mereka mula berkata dengan nada marah2 di hadapan pesakit2 lain. . Paling menyedihkan mereka malah menuduh dan menyalahkan saya. Apalah salahnya jika saya diberitahu dan diterangkan dengan mesra dan sopan tanpa meninggikan suara di hadapan pesakit lain. Mereka telah melayan saya dengan layanan yang buruk.
    Ini bukanlah pertama kali, tetapi tlh banyak aduan yang tidak bertulis y didengari tentang layanan perkhidmatan y buruk ini . Tujuan aduan ini adalah saya berharap sangat agar dapatlah memupuk dan memperbaiki nilai2 murni dalam perkhidmatan layanan kepada pelanggan. Dengan itu, sy ingin membuat aduan dan mengharapkan tindakan sewajarnya diambil. T. Ksh

    ReplyDelete