Saturday, June 27, 2009

Kakitangan kauner Hospital Sungai Buloh sombong



22 comments:

  1. Bahagian kecemasan hospital sg buloh yang tidak "cemas"

    Anak saya dilahirkan di Hospital Sg Buloh berusia 2 bulan.Hari ini 21/3/2011 saya membawa anak saya tersebut ke bahagian kecemasan pada jam 11.50pagi dengan no giliran 1034 dan no giliran sekarang adalah 1024(10 orang perbezaan).Tujuan saya membawa anak ke Hospital Sg Buloh kerana pada sebelah malamnya anak saya bermasalah tidak boleh tidur, merengek dan mengalami muntah susu dari mulut dan hidung.

    Tetapi malangnya setelah menunggu selama 2jam 10 minit nombor yang dipanggil setakat itu adalah 1031 walaupun terdapat 3 bilik rawatan.Selepas 1 setengah jam menunggu ada saya bertanya dengan bahagian pendaftaran dan jawapannya kena tanya dengan nurse atau doktor didalam kenapa nombor masih tidak dipanggil dan biasanya doktor akan memanggil mengikut tahap kecemasan pesakit.

    Setelah hampir 2jam menunggu saya terus mengetuk bilik rawatan bertanyakan no giliran saya bila akan dipanggil ataupun tidak akan dipanggil langsung.Saya dapati no giliran saya berada dibilik rawatan no 9 dengan seorang doktor berbangsa cina berumur dalam lingkungan 30an.Beliau memberitahu nombor giliran saya akan dipanggil sebentar lagi dan saya memberitahunya saya sudah menunggu selama 2 jam dan saya ada melihat dan perhatikan terdapat beberapa pesakit yang baru sampai dalam 5-15 minit dan tidak menampakkan kecemasannya telahpun masuk mendapatkan rawatan.contoh no giliran 2008,1027 dan kawan isteri saya satu wad semasa bersalin 5 minit sahaja dipanggil nama terus masuk bilik rawatan no.10.

    Disini ingin saya katakan saya amat terkilan dengan cara untuk mendapatkan rawatan dibahagian kecemasan hospital sg buloh.Saya faham akan tugasnya yang sibuk dengan pelbagai ragam dan masalah pesakit tetapi profesionalisme dan system yang mungkin tidak ada atau tidak dipraktikkan maka timbullah pelbagai masalah.

    Saya amat berharap sesuatu tindakan segera harus diambil bagi menyelesaikan masalah ini yang mungkin sudah ramai orang alami dan akan dialami tidak berulang lagi.Jangan jadi seperti pepatah kera dihutan disusukan,anak sendiri biar kelaparan.Renung-renungkanlah bersama.

    ReplyDelete
  2. Saya juga menerima nasib yang sama semasa menghantar anak saya yang sakit tidak bermaya (kurang sedar)pada 16 April 2011 (sabtu) baru baru ni di Hospital Sungai Buloh amatlah mengecewakan.

    Setelah pergi di bahagian kecemasan dan diperiksa lebih kurang hanya cuma bagi kerusi roda dan rujuk ke bhg rawatan biasa dan disitu tunggu sampai 3 jam. No di panggil berterabur tak ikut susunan. nak kata yang masuk dulu tu kritikal sangat tak jugak. Entah apa sistem gila yang diguna.

    Bila masuk jumpa dokter (kemungkinan dokter pelatih sebab nampak muda)macam blur aja..sebab asik tanya dokter disebelah dia nak buat camana? Nak ambil darah di cucuknya anak saya banyak kali..sebab darah tak keluar (macamana nak keluar saya dah kata budak tu tak makan sejak pagi, badan lembik, sejuk lagi..mana nak ada darah..bodoh punya doktor..tu pun tak buleh Pk, saya kerja kampung ni pun buleh PK)

    Lepas tu lagi mengecewakan..dia bagi ubat demam dan anti biotik suruh saya bawak balik dulu..dengan darah yang dicucuk2 sampai 5 , kali (menjerit2 budak tu) tak jadik gak ambik akhirnya..nanti kalau tak sedar lagi bawak semula ke hospital katanya..nak bagi makan ubatcamana..air setitik pun tak boleh nak bagi sebab anak tu tak sedar..Bodoh punya dokter..sijil beli ke hapa..

    bayangkan..kita dalam keadaan panik..tunggu lama...akhirnya hasilnya begitu rawatannya..cilaka punya doktor..makan gaji haram..

    Tolonglah sesiapa yang berkenaan tu tolong atasi masalah ni..takut ramai lagi jadik mangsa..kesian..budak budak pulak tu..tu tak kira orang tua lagi...

    ReplyDelete
  3. kpd org pertama yg komen diatas..u sendiri sbg emak/bapa pun xseberapa cemas!kalau anak dari malam lagi dah muntah2 dan xboleh tidur,kenapa pagi dah nak tengah hari baru nk datang hospital?inilah masyarakat sekarang,banyak buat aduan dari mengaku kecuaian sendiri.bila anak dah jadi teruk waktu sampai kecemasan,hah nak salah kan siapa?sistem?doktor?paramedik? fikirlah sendiri..


    kepada pengomen ke-2
    eh kalau anak ko xde darah,sure dah matinye.itu pun xleh nak pikir ke? rasanya u lagi bodoh dari orang kerja kampung
    kalau takut anak kena cucuk jarum ke ape,baik bawak pegi jumpa bomoh! kalau cucuk tu mesti ada sebabnya.kalo ko sendiri yang kata anak dah takde darah,mesti kena cucuk byk kali(sbb susah) untuk ambil darah bukan???
    ko juga kate anak tak sedar..tapi bila cucuk,menjerit-jerit..ape ni? nak buat aduan tp fakta bertentangan.kalau dah xsedar,cucuk pun mestila x menjerit!!
    ini bukti yang korang ni suka-suka hati buat aduan tak betul..tapi tugas sebagai ibu bapa entah ke mana hala.semua nak salah kan orang lain.korang ni pekerja cemerlang sangat ke kt tempat keja korang?? mustahill...

    ReplyDelete
  4. Dari coretan 'komen ketiga' saya berpendapat ianya diberikan samada oleh seorang Doktor atau Paramedik. Walau apapun masalah atau komen yang dikeluarkan samada betul atau tidak betul, ianya perlu ditangani dengan berhemah bagi menunjukkan kita Paramedik orang yang matang. kalau sebeginilah kita menjawab komen dari pembaca, tak harianlah umpama 'nila setitik, rosak susu sebelanga'. Lebih baik berhenti dari menjadi paramedik.

    ReplyDelete
  5. Setuju bebenor teman dgn 'komen ketiga', bijok kome ni. yang teman heran, ngape org x komplen pasal hospital swasta yg terang2 makan duit dan buat rawatan merapu tu? malu kot sbb kena tipu ngan deme2 ni.

    penyelesaian yg mudah: Kalau rase hosp kerajaan tu teruk sgt, pegi la private wei. kat situ yg tak emergency pun dapat cepat

    ReplyDelete
  6. susah nk dapatkan rawatan di hospital sungai buloh..aku demam kuat,kaku kaki tgn pg tempat kecemasan, kakitangan suruh pg klinik lain,ada ke patut.teruk

    ReplyDelete
  7. MEMANG KAKITANGAN HOSPITAL SOMBONG,TAK ADA ETIKA.BUAT MUKA KALAU BUAT KERJA

    ReplyDelete
  8. TAK PERLU LAH BERGADUH. ORANG KOMEN SEBAB BERHAK KOMEN. PERLUKAN LAYANAN. JANGAN EMOSI WALAUPUN TUAN KERJA DI HODPITAL ATAU TIDAK. SAYA PUN ADA PENGALAMAN SAMA DI BAHAGIAN KECEMASAN DI HOSP SG BULOH. NAMUN BEGITU SAYA MASIH BERPUAS HATI TERUTAMA DI BAHAGIAN WAD KANAK-KANAK. KITA KENA SABAR DAN MINTA PADA-NYA JUGA. KERJA DOKTOR DAN NURSE INI MEMANG MENCABAR DAN KERJA BANYAK LEBIH MASA. BUKAN MACAM KERJA OPIS HOUR. PERASAAN TAK PUAS HATI MEMANG ADA. TAPI KITA LIHAT DARI SUDUT POSITIF. DOA KITA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN. INSYALLAH.

    ReplyDelete
  9. salam,
    kebanyakan org awam tidak faham bagaimana organisasi hospital berfungsi. apa yg dipanggil kes kecemasan. apa yg dipanggil kes pesakit luar.apa yg dpanggil kes temujanji. bagaimana aliran kerja dari pendaftaran sehingga menerima ubat berlaku. jika kes kecemasan, waktu bila sepatutnya pesakit perlu pergi ke hospital. jika demam, batuk, sakit lutut dsbnya itu tidak dikategorikan sbg kes kecemasan dan mereka akan di kategorikan sbg kes pesakit luar jika datang ke hospital pd masa waktu pejabat. mereka akan dirawat bersama2 pesakit luar yg lain.Pesakit luar pula ada kelas2 tertentu mengikut prioriti masing2. walaupun meraka mendaftar lebih awal, tak semestinya meraka akan dilayan terlebih dahulu.

    Ini tidak berlaku pada hospital swasta. kerana:
    1. hospital swasta menerima pesakit yg rendah
    2. wang adalah keutamaan meraka

    Hospital kerajaan menerima jumlah pesakit yg tinggi dgn berbagai2 penyakit berat, ringan, tidak sakit hatta nak minta mc pun pergi ke hospital kerajaan, maka satu mekanisma utk melayan pesakit yg betul2 sakit dan memerlukan rawatan manjadikan ada yg dilayan lambat dan ada yg dilayan cepat,

    saya belum menceritakan lagi bagaimana aliran kerja dari mula mendaftar hingga pulang ke rumah..

    ReplyDelete
  10. Sebebanrnya orang awam telah faham dan amat memahami apa yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan. Mereka memiliki SOP bertulis yang begitu kukuh didalam setiap prosedur kesihatan. Sebagai pesara Kesihatan semua itu adalah hanya 'on-paper' sahaja semata-mata untuk mencapai KPI seseorang sahaja. Tetapi apabila menjadi 'pesara' barulah diketahui sejauhmana perkhidmatan kesihatan dicapai apabila saya sendiri menjadi pelangganya. Memang ada kebenaran apa yang disuarakan oleh mereka diluar.

    kalau hospital swasta, mereka beranggapan hospital adalah sebuah syarikat dan mereka adalah sebahagiannya. Semangat kekitaan amat tinggi, professionalisme dan kerja berpasukan menjadi budaya mereka kerana apabila organisasi mendapat keuntungan mereka juga akan merima kesannya seperti bonus dsbnya.

    Di hospital Kerajaan berlaku sebaliknya. Budaya Korporat, Kerja Berpasukan, Profesinalisme, Kerja Berpasukan, Sedia Membantu dll lagi hanya merupakan sekadar 'cogankata' sahaja dan tidak merupakan budaya kerja harian. Tidak hairan setiap tahun akan mengulangi ikrar yang sama. untuk kerja berpasukan - terlalu jauh jurangnya dengan hospital swasta. Mentaliti mereka, tak kerja pun boleh dapat gaji dan organisasi tidak merupakan sebahagian dari mereka.

    Kenyataan sdra memang benar, tetapi apa yang berlaku adalah merujuk kepada sikap manusia. Selagi sikap ini tidak diubah walapun pelbagai cogankata diketengahkan hanya merupakan di atas kertas sahaja. Sebagai pesara kadangkala terpaksa menerima hakikat ini.

    ReplyDelete
  11. saya merupakan pesara kerajaan..bukanlah seorang doktor..tapi pernah berkhidmat di sektor kesihatan..cuma ingin berkongsi pengalaman..
    tentang masyarakat kita hari ini..


    ramai org beranggapan bahawa mereka faham akan institusi hospital,kononnya hari2 buka internet dan baca paper..tapi hakikatnya tidak
    ramai org tidak boleh bersabar jika tunggu lama di hospital...tapi boleh jika tunggu di bank ( ada polis,boleh halau terus kalau buat hal)
    ramai org datang ke hospital..tapi jika ingin di beri rawatan..tak bersetuju pula dan ingin cari rawatan tradisional

    ini lah mentaliti masyarakat malaysia hari ini..yang makin lama makin besar kepala dan kurang hormat pada orang lain
    dibagi betis..nak peha..
    mereka tidak sedar kerajaan telah membayar subsidi yg banyak kepada pesakit..hanya perlu bayar RM 1 sahaja untuk mendaftar (itupun berkira sehingga sanggup bertekak dengan org kt kaunter)..tetapi lagaknya bagai membayar RM1000..
    Mula marah2 jika lambat di panggil, sedangkan mereka nampak di mata kepala benak otak sendiri yang ramai pesakit lain tengah beratur..dan bilangan doktor sudah diketahui umum tidaklah ramai..

    Dan kebanyakan yang datang pun hanya semata mata nak melobi cuti sakit atau MC...( macam2 gaya berlakon pura2 sakit..)
    kalau tak diberi...di tumbuk,di caci la..hahaha..itu lah manusia akhir zaman sekarang
    doktor yang demam atau sakit sendiri pun terpaksa bekerja..apatah lagi nak minta MC...!!!

    sy tengok sendiri..doktor2 pun terpaksa berkorban masa rehat dan makan..hingga terpaksa menahan makan semata mata nak tengok pesakit..
    mereka terpaksa melayan karenah pesakit yg pelbagai..yg kadang kala mencabar kesabaran..
    pesakit pula,bila berjumpa doktor..nak tanya macam2,itu ini,yang kdg kala makan masa 10-15 minit..dan kadang2 lebih jika terpaksa buat ujian darah atau cek jantung..
    disebabkan itu lah,ramai terpaksa menunggu lama..

    tetapi mereka2 semua ini tidak berfikir..sangat cetek akal atau sudah tahu cuma menafikan dek kerana marah atau ego..
    apa jadi kalau anda nak cepat sangat dan doktor hanya tengok pesakit kurang dari 3 minit?? tidak kah mereka rasa kurang dari segi rawatan??
    tetapi itulah yang mereka komplain..doktor lambat tengok pesakit la,itu dan ini la..
    kena tunggu lama la...

    tetapi itu lah manusia.. susu di balas tuba,,
    pengorbanan mereka tidak dihargai..
    yang mereka nampak,hanya lah kekurangan..

    dan bukannya kesyukuran...

    tetapi kakitangan kesihatan tetap sabar dan utuh dalam membuat kerja..tidak pula membuat komen atau komplain kepada kerajaan..
    atau setup blog semata-mata untuk komplain kekurangan yg ada..

    cuba kita renung sejenak..
    adakah kita ni pekerja yang cemerlang di tempat kerja??
    adakah kita seorang yang sanggup bekerja lebih masa tanpa menerima bayaran setimpal???
    seorang yang sanggup atau terpaksa abaikan keluarga demi kerja??
    seorang yang sanggup bekerja di hari cuti atau weekend???
    seorang yang bekerja sampai tiada masa untuk makan/rehat/sembahyang tepat pd waktunya????
    sehingga yang bekerja sehingga 24-36 jam tanpa tidur atau rehat langsung???

    jika jawapan nya tidak untuk semua di atas...tidak perlu lah pertikaikan budaya kerja orang lain..
    duduk depan cermin..tilik lah muka sendiri puas2...
    fikirlah dulu sebelum berkata-kata....
    jika kita sendiri yang bekerja tidak professional/cemerlang...mungkin itu lah balasan Allah apabila anda ingin mendapatkan khidmat dari jabatan lain...siapa tahu??wallahuallamm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. I totally agree with this statement. Please ask yourself kalau rasa anda memang bagus di pekerjaan anda, alhamdulillah. Kalau gaji dapat sehari untuk 9jam tapi kerja 3jam jek mana nak berkat gaji. Kadang-kadang pekerja sektor kesihatan sanggup korbankan masa minggu bersama keluarga dan anak-anak untuk menurut perintah. Saya faham sebab suami saya seorang doktor di Bahagian Kecemasan. Janganlah kecam mereka. Sepatutnya kita sama2 membantu sama lain supaya masing-masing mendapat rawatan setimpal dan doktor juga menjalan kerja dengan ikhlas dan jujur.

      Delete
  12. pesakir kkadang xpaham keje2 pekerja kesihatan...kene sama2 pahamla bidang kerja masing-masing,klu buat pemeriksaan kt kk tau kkia memng kene banyak bersabar,kekadang adeproblem kes mnyebabkan kami xleh nak wat kerja cepat2,mesti ditengok dengan teliti..nama pon klinik kerajaan,kalau xsuka servis lambat sila rujuk ke klinik swasta,mungkin dapat cepat sebab pakai "duit" kan...kalau kerajaan ni dah la free,cucuk pon free,nak kene tggu serakat 3,4 jam pon berkira....kalau swasta main cucuk jer,xde bagi nasihat pape,xde timbang berat anak..kalau kerajaan mesti buat semua tu,baru menjamin kesihatan anak...yang mengandung,adatla kalu kene tunggu lama,lagipon kalau ade masalah korang2 ni jugak yang kondem klinik buat kerja xbetul....dahla kalau mengandung yangpi check swasta last2 bi;la perut dah boyot baru nak datang check kat klinik kerjaan,alasannya klinik swasta suruh...sedangkan klinik swasta tu bijak,xnak bertanggungjwag kalu masa kome mengandung ade masalah depe kene tanggung,datang kjuga ke klinik kerjaan,so kene banyak bersabarla,kekadang management laju jerk,maslahnya kalu dah 2ratus org sehari kene paham2la....yang mengandung tu datang bawak laki ape cerita,dah suami pulak yang lebih2 cakap lembap n marah2,ini klinikibu dan anak bukan klinik bapa dan anak...kalu xsuka tunggu lama jangan teman bini,pi keje...ni amik time slip,datang jam 9,abis check jam 12..mint tlis time slip sampai jam petang....maslah betul orang malaysia yang segelintirnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang cerita. Kalau dah kerja bahagian servis (itu pun kalau kamu paham apa bidang kerja kamu) - tapi tak tahu memberikan servis yang baik. Sila berhenti kerja sekarang jugak. Kamu tak layak terima gaji dari position kamu sekarang. Nampaknya kamu juga bodoh dalam memahami erti servis. Rujuk ayat kamu "kalau kerajaan ni dah la free,cucuk pon free,nak kene tggu serakat 3,4 jam pon berkira...".

      Delete
    2. ... tambah sedikit lagi. Kalau kamu ke kedai makan mamak atau kedai makan melayu. Kedai makan cina biasa di lot-lot pun sama. Elok makanan kamu tu penuh lalat dan lipas. Nama pun kedai makan biasa. Nak yang lebih baik - pergi makan di hotel atau cafe2 hebat.

      Delete
  13. saya nak komen pasal nurse-nurse di wad bersalin sungai buluh.nurse pelatih lebih bagus dari nurse yang dah confirm.anak saya kena demam kuning.doktor suruh buka lampin masa fototerapi.nurse pelatih pusrawi kata masa dia belajar,pensyarah dia kata takleh buka lampin.kalau anak aku mandul,aku akan saman doktor sungai buluh

    ReplyDelete
  14. Aku doktor pegawai perubatan ud48 yg dah lebih lima tahun bekerja dgn kerajaan. Baru2 ni menjalani operation di hospital gleneagles sbb jauh di sudut hati rasa hospital gleneagles yg terbaik (sbb agong pun dapat rawatan di gleneagles).

    Buat operation 2 hari, buang appendiks, total kos 10 ribu lebih.

    Dilihat oleh SEORANG PAKAR sahaja.

    Senang sebenarnya kita nak komplen. Cukup mudah. Maki sana maki sini mcm org x berpelajaran. Tp org yg pandai dan matang, sblm komplen dia akan tgk kiri kanan, bandingkn dgn keadaan sekeliling, baru kita dapati apa yg kita dpt sbenarnya jauh lebih baik.

    Klau kita msuk ward sbb appendix, paling kurang kita akan dilihat oleh dua pakar. X termasuk lg ketua jabatan yg tahap pakar perunding kanan yg akan mengesahkan sakit kita. Dn berapa kos yg kita bayar?

    Fikir2 kanlah. Apa yg keluar dari mulut itu melambangkan tahap pemikiran, tahap pendidikan dan tahap kebersihan hati.nm

    ReplyDelete
  15. ko tengok swasta kos operate appendiks 10 ribu.?? mak aih..

    aku pergi goverment hospital itu ari, masuk daftar rm 1 ringgit je.

    pastu deposit wad rm 30.00
    itu pun deposit (dipulangkan balik lepas keluar hospital), bukan lebur tau..

    bayar wad rm3.00 jer sehari.. makan smpi 4- 5 kali..
    duk 2 atau 3 hari keluar.. dlm rm10..
    pst..kalu student, kakitangan kerajaan kengkadang free je..

    hmm.. bersyukur la..

    bukan ape, mmg la kita sebagai masyarakat berhak komen dan dptkan hak kita, tapi aku pernah dtg hospital dlm tempoh next tengok ader staff makan pun sorok2 kat bangku sambil tengok monitor bunyi tet..tet..kt pesakit.. semcam risau je..

    hmm..kalu org lain mungkin ader pikir.. ahh, tinggal la skjp pi beli air.. tp,diorng staff hospital ni kadang2 makan pun x sempat agaknya..

    renung- renungkan lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sy nk tanya, awk masuk hspital utk operate appendix ke? Berapa total byrannya? Adakah awk penjawat awam atau student pada ketika itu? Sy memang betul2 nak tahu. Sila emel sy shazz_ain@yahoo.com

      Delete
  16. saya hanya nak memberitahu betapa saya berpuas hati dgn perkhidmatan yg diberikan oleh hospital sg buloh...setakat saya masuk wad sbanyak 4 kali layanan nurse dn doktor sangat baik...alhamdulillah

    ReplyDelete
  17. saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dn terhutang nyawa dgn doktor di bilik OT kerana telah berjaya menyelamatkan nyawa saya dari ambang maut. saya menjalani d&c dan telah kehilangan darah yg byk. atas usaha semua doktor yg bertungkus lumus membantu saya yg kritikal akhirnya saya boleh sedar. 17/6/2015...terima kasih

    ReplyDelete
  18. harap pihak pengurusan pantau juga security tomboy yang berbahasa kasar menengking pelawat...

    ReplyDelete