
Dah terlalu banyak aduan atau komplain mengenai perkhidmatan kesihatan. Yang keluar dalam akhbar hanya yang kita tahu sahaja, bagaimana yang lainnya. Aduan hanya diambil tindakan apabila setelah tersiar dalam akhbar atau blog. Peluang anda untuk membuat aduan secara terus.
Saturday, May 30, 2009
Friday, May 29, 2009
Wednesday, May 27, 2009
Monday, May 25, 2009
Friday, May 22, 2009
Wednesday, May 20, 2009
Tuesday, May 19, 2009
Monday, May 18, 2009
Sunday, May 17, 2009
Thursday, May 14, 2009
Sunday, May 10, 2009
Thursday, May 7, 2009
Wednesday, May 6, 2009
Tuesday, May 5, 2009
Kementerian Kesihatan diminta siasat terperinci

Tiada masa doktor berehat - bagaimana dengan lain-lain penjawat awam?
On call bukan kes terpencil - Menteri Kesihatan pula nak dipersalahkan .....

Monday, May 4, 2009
Khidmat HKL memuaskan
Sunday, May 3, 2009
Aduan awam biar ikut saluran
Pengorbanan doktor tidak dihargai

Tak tahan beban kerja dinasihat berhenti

Kenyataan sedemikian ini tepat pada masanya agar perkhidmatan kedoktoran dapat disanjungi oleh pengguna dengan kepada doktor-doktor yang lebih ikhlas berbakti kepada masayarakat.
Cuepac tak perlu lindung doktor culas


Karenah yang sedmikian tidak perlu Cuepac ambil pusing. Doktor bukan anak emas.
Kanak2 mati kerana terlebih dos ubat
Cuepac tak setuju kes diheboh dalam akhbar


Apa yang Cuepac tak setuju?
Tindakan sebegini lebih telus berbanding dengan 'mengikut saloran' yang akhirnya akan berakhir didalam bakul sampah. Kita tidak perlu takut dengan kemunculan kebenarannya kelak kerana dengan kebenaran inilah tugas penambahbaikan dapat diambil.
Para doktor juga tidak terlepas dengan pelaksanaan KPI - sepatutnya pelaksanaan KPI kepada doktor dah lama Kerajaan laksanakan. Sudah tiba masanya Kerajaan tak pilih bulu.
Bukan semua hospital beri khidmat tidak memuaskan


Memang diakui bukan semua hospital Kerajaan beri khidmat tak memuaskan tetapi sebilangan besar 90% didalam kategori ini. Kalau tak percaya buat lawatan ke semua hospital & klinik Kerajaan.
Kalau tidak ada angin, pasti pokok tidak akan bergoyang. Kalau pengguna sahaja yang buat laporan dah pastinya Pengarah akan buat laporan dalam akhbar semua perkara yang baik sahaja tetapi disbealik kenyataan tersebut - masalah pengguna dan pesakit masih belum lagi selesai.
"Kami akan menyiasat"
Inilah kata-kata yang akan dikeluarkan oleh Pengarah-Pengarah Hospital. Tak ada ke perkataan lain yang boleh dikeluarkan?
Selagi ada hospital dan pengguna - pasti akan kedengaran karenah-karenah nda isu mengenainya. Yang lepas perlu ada mekanisme dan tatacara yang lebih jelas dan berhemah untuk menangani semua isu yang muncul. Ini kerana pengguna merupakan 'pembayar cukai' dan berhak mendapat perkhidmatan terbaik yang termampu diberikan oleh hospital kerajaan.
Pesakit kesal tunggu lama

Semua ni kenalah difikirkan. Orang atas di Kementerian Kesihatan tu kenalah fikir-fikirkan macamana nak selesaikan isu yang dah lapuk ni. Setiap hari masih kedengaran isu ni. Pengguna dah bosan dan kenalah buat sesuatu. Tak perlulah adakan macam-macam program kat hospital sehinggakan petugas-petugas dibebankan dengan pelbagai program dan pesakit diabaikan. Kembali ke basic atau perkhidmatan asas. Kenalah tanya diri sendiri - apakah tugas dan tanggungjawab doktor, paramedik dll? Jangan buat program selain dari memberikan perkhidmatan kepada pesakit.
Doktor curi tulang - laporan menteri

Nama-nama doktor yang 'culas' - mungkin nak jaga imej jabatan (tak perlu tahu kerana nak jaga maruah) mungkin pengguna boleh terima. Tetapi yang pengguna nak tahu, apakah langkah-langkah seterusnya untuk mengelakkan insiden sama tidak berulang. Ini yang pengguna nak tahu. Kalau setakat buat laporan rasmi kepada Menteri sahaja, yang pasti ianya akan habis disitu sahaja hanya untuk beri penerangan yang 'tebaik' kepada menteri nak jaga imej jabatan atau karier masing-masing . Habis kat situ. Tak ada ke 'black paper' atau 'white paper' untuk dibaca oleh pengguna?
Doktor kantoi - Akhbar Tabloid Bacaria 2/5/2009

Tidak dinafikan semua doktor sedemikian. Tetapi inilah hakikatnya, seekor kerbau bawa lumpur semuanya terpalit.
Apakah selepas ini ada reaksi balas dari para-para doktor mengenai isu ini? Kerja ikut jadual, demontrasi senyap dan pelbagai lagi. Yang kelak jadi mangsa ialah pesakit & pengguna. Sebagai penjawat awam, mereka tertakluk kepada peraturan sediada dan tidak memiliki umuniti seperti anak emas.
Saturday, May 2, 2009
Doktor curi tulang
5% Kakitangan awam ponteng

Ini yang kita tahu, bagaimana yang kita tak tahu. Yang ada pun kerja ikut budaya lama tak mahu berubah ikut keadaan semasa. Masih lagi guna kaedah manual. Buat kerja macam 'parrot' tak mahu fikirkan bagaimana nak merubah budaya kerja sediada.
Keadaan sekarang dan totally berubah sejajar dengan era ICT tetapi mentaliti kakitangan awam bekerja masih kat takuk lama gunakan kaedah konvensional. Mereka ni boleh dikategorikan sebagai 'pekerja jumud' macam dinosaur.
Macamana lah nak bersaing dengan pekerja swasta. Orang atas kenalah fikir bagaimana nak bagi motivasi kepada pekerja-pekerja ni, suasah sangat buatkan VSS .....
Keadaan sekarang dan totally berubah sejajar dengan era ICT tetapi mentaliti kakitangan awam bekerja masih kat takuk lama gunakan kaedah konvensional. Mereka ni boleh dikategorikan sebagai 'pekerja jumud' macam dinosaur.
Macamana lah nak bersaing dengan pekerja swasta. Orang atas kenalah fikir bagaimana nak bagi motivasi kepada pekerja-pekerja ni, suasah sangat buatkan VSS .....
Subscribe to:
Posts (Atom)