Sunday, May 3, 2009

Pesakit kesal tunggu lama

Ini isu basi yang seri berlaku. Sehingga kita masuk ke abad ke-21 isu ni masih lagi tak selesai. Apa sebenarnya yang masih berlaku di hospital Kerajaan? Kekurangan doktor, kekurangan paramedik, persekitaran yang sempit, gaji terlalu rendah, kurang kakitangan .......

Semua ni kenalah difikirkan. Orang atas di Kementerian Kesihatan tu kenalah fikir-fikirkan macamana nak selesaikan isu yang dah lapuk ni. Setiap hari masih kedengaran isu ni. Pengguna dah bosan dan kenalah buat sesuatu. Tak perlulah adakan macam-macam program kat hospital sehinggakan petugas-petugas dibebankan dengan pelbagai program dan pesakit diabaikan. Kembali ke basic atau perkhidmatan asas. Kenalah tanya diri sendiri - apakah tugas dan tanggungjawab doktor, paramedik dll? Jangan buat program selain dari memberikan perkhidmatan kepada pesakit.

No comments:

Post a Comment