Monday, May 4, 2009

Rakyat kena syukur jasa baik doktor kerajaan

1 comment:

  1. Tidak dinafikan perkhidmatan para doktor perlu disyukuri oleh rakyat. Pengorbanan mereka kadangkala melibatkan masa lapang para doktor hanya semata-mata untuk merawat pesakit. Para doktor juga adalah manusia biasa yang boleh melakukan kesilapan sebagaimana penjawat-penjawat awam yang lain.

    Kritikan yang dikeluarkan samada oleh media atau Lawatan Timb. Menteri tidak perlu diperlekehkan hanya untuk melindungi mana-mana pihak. Sepatutnya ianya dijadikan kayu pengukur kepada keberkesanan perkhidmatan yang diberikan. Penulia tidak perlu melatah dan hanya menyatakan bahawa 'perkhidmatan beliau adalah yang terbaik' dan segala keburukan hanya ditujukan kepada 'doktor pelatih' sahaja. Tidakkah doktor pelatih yang 'dimaksudkan' itu juga adalah manusia biasa.

    Tindakan Kerajaan menurunkan pelaksanaan KPI kepada semua agensi Kerajaan maupun juga kepada semua ahli politik sesuatu yang dinantikan dan 'penulis' juga tidak terlepas dari pelaksanaan kaedah penilaian ini. Yang penting disini 'penulis' bukanlah dapat dianggap sebagai kayu pengukur dengan memberikan kenyataan 'semuanya baik' tetapi rakyat dan penggunalah adalah kayu pengukur sebenar.

    Telah dijangkakan dari awal lagi, apabila sesuatu perkhidmatan yang buruk dan tidak memuaskan berlaku di mana-mana hospital kerajaan hanya 'doktor pelatih' dan 'kumpulan sokongan 2' sahaja sering dipersalahkan tetapi tidak ada langsung jawatan dalam kumpulan profesional yang dipersalahkan. Sering didapati 'doktor pelatih' sahaja dijadikan 'scapegoat' didalam setiap lapuran balas yang dikemukakan. Insiden yang berleaku semasa Lawatan Timb. Menteri perlu dijadikan iktibar dan seharusnya lawatan mengejut seperti ini diteruskan bagi melakukan 'check and balance'.

    Berbalik kepada penulisan tersebut, penulis perlu memahami hieraki sesuatu perkhidmatan daan seabagai seorang pakar di HKL beliau tidak boleh hanya melepas tangan sahaja walaupun insiden ini melibatkan 'doktor pelatih' yang telah habis tugas. Beliau perlu bertanya diri sendiri, dimanakah kedudukan perkhidmatan doktor pelatih ini? Sekiranya di Unit Kecemasan - siapakah Ketua Unit Bahagian tersebut. Tidak mungin doktor pelatih juga menjadi Ketua Unit.

    'A good manager never blame his loyal subordinate'. Renung-renungkanlah .... Jangan salahkan sistem apabila sesuatu yang buruk berlaku - tetapi salahkan petugas yang tidak faham melaksanakan sistem tersebut. Jangan kritik pemberi cadangan sekiranya cadangan itu tidak dipersetujui tetapi kritiklah cadangan yang diketengahkan sekiranya tidak memberi kepuasan kepada kita.

    ReplyDelete