Wednesday, July 8, 2009

Layanan buruk di Hospital Kajang

Pada jam lebih kurang 1.30 petang saya telah pergi ke UNIT HASIL Hospital Kajang untuk menjelaskan bil hospital anak saudara saya (5 BULAN) yang telah meninggal dunia jam 11.55 pagi. Saya di fahamkan oleh pegawai yang bertugas di unit rawatan rapi (BAYI) bahawa saya tidak perlu untuk membayar apa-apa, kerana bayi tersebut telah meninggal dunia. Berbekalkan surat kematian yang telah ditanda tangani oleh pegawai perubatan yang bertugas dan beberapa dokumen lain saya dan bapa kepada bayi tersebut (adik lelaki saya) pergi ke unit hasil Hospital Kajang untuk menjelaskan bil tersebut. Di unit hasil kami telah dilayan oleh seorang kakitangan yang teramatlah sombongnya, (FARAH AZFARINA BTE ABDUL AZIZ, ID no: 2737) kami diarahkan membayar sebanyak RM500.00. Kami agak terkejut kerana ini bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh pegawai dari unit rawatan rapi tersebut. Lalu saya bertanya " kenapa kena bayar macam tu punya mahal"? Jawapan yang di beri oleh Farah amatlah mengejutkan, katanya" INI PUN DAH MURAH, RM500.00 JE, KALAU NAK DIIKUTKAN LAGI MAHAL, SEBAB DUDUK PUN KELAS 3 JE." Dengan perasaan yang agak terkejut saya pun terus membuat bayaran seperti yang diminta. Kami pun pulanglah ke UNIT RAWATAN RAPI (BAYI) dimana jenazah anak saudara saya ditempatkan. Kami menyerahkan segala dokumen kepada pegawai perubatan yang berkenaan. Dengan nada yang separuh menjerit dia terkejut melihat amaun yang terpaksa kami bayar. Tanpa berlengah dia merujuk kapada pegawai atasan, samaada kami masih terpaksa membayar kos yang sebanyak itu, sedangkan bayi tersebut telah meninggal dunia. Jawapan yang diterima adalah sama yang diberikan oleh pegawai perubatan tersebut sepatutnya tidak perlu membayar apa-apa. Lalu mereka menelefon ke UNIT HASIL untuk mendapatkan kepastian. Jawapannya : YA, kami tidak seharusnya membayar apa-apa pun. Kami "arahkan" semula ke UNIT HASIL untuk membatalkan pembayaran. Apabila saya ke UNIT HASIL dan bertemu semula dengan FARAH, tanpa meminta maaf atas kesilapannya menyatakan " tak pelah kami batalkan saja bayaran tadi" Dengan tak puas hati saya bertanya lagi, "tadi kan saya ada tanya". lalu dengan nada yang agak tinggi FARAH menjawab " Alah tadi saya tak nampak perkataan MENINGGAL DUNIA tu". Jawapan yang diberikan amatlah menyakitkan hati sesiapa yang mendengarkan. Dahlah kami kehilangan satu nyawa, jawapan yang diberikan " TERAMATLAH KURANG AJAR". Adakah itu jawapan yang diajar oleh pegawai atasan setelah membuat kesilapan. Dimanakah slogan yang diwar-war oleh kerajaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat. Tanpa meminta maaf dan berasa bersalah sedikit pun, dia memandang kearah saya dengan riak muka yang seakan tidak puas hati. Dengan masa yang suntuk dimana kami ingin membawa jenazah ke bilik mayat, terpaksa pulak berulang alik ke UNIT HASIL, untuk menyelesaikan masalah SI FARAH kami rasa amatlah berduka cita dengan pihak pengurusan UNIT HASIL Hospital Kajang. Kami adalah WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERHAK UNTUK MENDAPAT LAYANAN YANG SEBAIKNYA. Bukanlah kami meminta layanan yang terlampau, cuma sekurang-kurangnya berpada-padalah ketika mengeluarkan kata-kata. Kami berharap selepas ini kejadian tersebut tidak terjadi kepada sesiapa yang berurusan di UNIT HASIL Hospital Kajang.Pada kaki tangan HOSPITAL yang lain, belajarlah menghormati perasaan orang lain. Kami berharap ada tindakan susulan keatas " FARAH AZFARINA BTE AZIZ" demi menjaga imej HOSPITAL KERAJAAN berdasarkan piagam pelanggan dibawah:-PIAGAM PELANGGAN_____________________

[Aduan Rakyat] Layanan buruk di Hospital Kajang
nor azlita

4 comments:

  1. assalamualaikum dan terima kasih atas berkongsi pengalaman.. salam takziah.. saya juga kerap pergi ke bhgian unit hasil hospital kajang untuk buat pembayaran rawatan cara kerja dan fisio.. harap saya tak bertemu la dgn staff tersebut uhuhu..

    ReplyDelete
  2. Saya nak buat aduan kenape doktor doktor di hospital melambat lambat lengah leng kan pesakit tak tan seorang doktor tak tahu ape yang di tanggung pesakit sakit di Malaysia ni kencing manis penyelesaiyan potong kaki tu yang pandai sakit perot bg buat gastrik tu yang tahu malu sebagai doktor yang bertangjawab melambat lambat sampai orang mati

    ReplyDelete
  3. Assalam, saya juga terkena pada kakitagn wad 4, courtesy tidak ada, nurse lbih bnyk berborak dari melayan pesakit yg sakit yg2 mmrlukan ptolongan, ada segelintir nurse n doc yg kadang2 tu layan x layan apa pemerangan pewaris, mereka seolah mcm pandagn dn kata2 pwearis hanyalh mncurah air didaun keladi. Saya tidak akn war2 sapa2, tpi nama dn mereka sy ingat sampai bila2, fyi:jgn beratbsebelah dgn patient yg ada, dn elakkn dri bnyk berbual sesama staff, hingga kehendak pesakit di abaikan.

    ReplyDelete
  4. Sekali lagi dlm tahun 2023, anak sy dimasukkn ke hospital kajang, dari wad kecemasan ke wad biasa. Ada seorang doctor bertugas pada tarikh 5hb March 2023 berlaku pada jam lebih kurang 4.30pm+, sy sgt rasa terhina dari perkataan seorang doc wanita bernama Balqis, antra perkataan hina yg sy ingat smp skrg, "u sbg ibu membuat jari yg bunyi2 yg mcm ni, seolah Menampakkan kn kurang ajar," yg mana sy sendri pun xprasan perbuatan sy yg di kata oleh doc tersebut. Sy di kata kn be gitu dn sy mnjdi terkjut. Sbg ibu tunggal bukan mudah ya mmbesar kn anak2 dgn mudah pkataan tu keluar dri seorg doc wanita yg bertudung, sy sgt terhina, tolong ambil perhatian. Dn cakna ttg sikap keketidak sabaran segelintir doc, tksh, 60126652741

    ReplyDelete