Tuesday, November 22, 2011

Anonymous said...

Tahniah kerana memiliki ruangan aduan seumpama ini kerana pembaca/pelanggan sedikit sebanyak dapat menyalurkan aduan mereka dengan lebih terbuka. Lebih praktikal lagi jika pihak Kerajaan dapat memberikan jawapan didalam aduan-aduan yang dipaparkan. Itu lebih baik menunjukkan keperihatinan Kerajaan. Saya rasa Blog Rasmi KKM yang dipaparkan adalah tidak sesuai kerana hanya paparkan berita - lebih baik dipaparkan di laman sesawang rasmi KKM sahaja. Pelanggan tidak perlukan berita seumpama itu tetapi mahukan penjelasan secara terbuka dan ruangan seumpama ini amat sesuai. Terima kasih.

1 comment:

  1. Saya tertanya-tanya dimanakah lokasi sebenar laman web Hospital Permai?
    Bila melalui Hospital Baru terpapar www.permai.gov.my dan apabila sampai di Klinik Penagihan Dadah www.psychiatry.gov.my
    Saya cuba hubungi pautan ini tetapi tidak dapat diakses. Pihak berkenaan perlu memperbetulkan keadaan ini supaya pengguna tidak terkeliru.
    Tahniah kerana ada ruangan seumpama ini supaya pengguna dapat menyalurkan maklumat. Tindakan segera perlu diambil .......

    ReplyDelete