Dah terlalu banyak aduan atau komplain mengenai perkhidmatan kesihatan. Yang keluar dalam akhbar hanya yang kita tahu sahaja, bagaimana yang lainnya. Aduan hanya diambil tindakan apabila setelah tersiar dalam akhbar atau blog. Peluang anda untuk membuat aduan secara terus.
Saturday, May 30, 2009
Friday, May 29, 2009
Wednesday, May 27, 2009
Monday, May 25, 2009
Friday, May 22, 2009
Wednesday, May 20, 2009
Tuesday, May 19, 2009
Monday, May 18, 2009
Sunday, May 17, 2009
Thursday, May 14, 2009
Sunday, May 10, 2009
Thursday, May 7, 2009
Wednesday, May 6, 2009
Tuesday, May 5, 2009
Kementerian Kesihatan diminta siasat terperinci
Kes-kes yang menarik perhatian seperti yang tersiar didalam akhbar sepatutnya dipratonton keputusna siasatan atau dilaporkan didalam akhbar sebagai 'kertas putih' bagi mengelakkan salah faham kepada pembaca. Apabila sesuatu isu itu tidak telus, pengguna akan tertanya-tanya keputusan siasatan yang diselesaikan. Kena tanya pengguna, kenapa e-aduan Kementerian Kesihatan kurang digunakan oleh pengadu didalam membuat aduan dan meminati untuk dipaparkan didalam blog seumpama ini.
Tiada masa doktor berehat - bagaimana dengan lain-lain penjawat awam?
On call bukan kes terpencil - Menteri Kesihatan pula nak dipersalahkan .....
Sekarang ini doktor-doktor telah merupakan sebagai orang politik dan bukan penjawat awam dan setiap masalah dipaparkan didalam media dan akhbar. Tidakkah sebagai penjawat awam setiap penulisan diakhbar memerlukan kelulusan dari Ketua Jabatan? Sebagai seorang professional - sepatutnya mereka tahu dan faham isi kandungan peraturan-peraturan sediada. Kalau nak jadi penulis, lebih baik berhenti dari menjadi perawat awam. Jangan melatah dengan sebarang kritikan yang dilemparkan kerana ianya lumrah didalam menilai prestasi sesuatu perkhidmatan.
Monday, May 4, 2009
Khidmat HKL memuaskan
Sunday, May 3, 2009
Aduan awam biar ikut saluran
Pengorbanan doktor tidak dihargai
Yang penting komited kepada tugas dan tanggungjawab dan perlu ikhlas. Kalau setakat nak dapatkan sanjungan, ini bukan karier yang baik dan lebih baik jadi wakil rakyat atau orang politik. Kalau pengorbanan doktor sahja nak dihargai, bagaimana pula dengan kerjaya yang lain? Mereka juga perlukan diiktiraf seperti penjawat awam yang lain. Kadangkala pengorbanan mereka melebihi pengorbanan para doktor. Bezanya antara penjawat awam dengan doktor adalah status karier mereka tak lebih dari itu.
Tak tahan beban kerja dinasihat berhenti
Mungkin sudah sampai masanya kenyataan sebegini diketengahkan. Ini kerana 80% dari para doktor yang bertugas di hospital Kerajaan hanya menanti masa untuk berhenti. Mereka hanya bertugas sekdar cari pengalaman sahaja dan ada diantara mereka yang 'sedang bertugas' telahpun memimilik klinik sendiri atau menjadi 'rakan kongsi' rakan-rakan mereka.
Kenyataan sedemikian ini tepat pada masanya agar perkhidmatan kedoktoran dapat disanjungi oleh pengguna dengan kepada doktor-doktor yang lebih ikhlas berbakti kepada masayarakat.
Kenyataan sedemikian ini tepat pada masanya agar perkhidmatan kedoktoran dapat disanjungi oleh pengguna dengan kepada doktor-doktor yang lebih ikhlas berbakti kepada masayarakat.
Cuepac tak perlu lindung doktor culas
Cuepac tidak perlu melindungi sekiranya ada penjawat awam yang 'culas'. Cuepac yang di tubuhkan tu bukan sebuah badan kemasayarakatan untuk melindungi apa yang tidak betul. Isu yang ada perlu diselesaikan segera demi menjaga kebajikan para ahlinya.
Karenah yang sedmikian tidak perlu Cuepac ambil pusing. Doktor bukan anak emas.
Karenah yang sedmikian tidak perlu Cuepac ambil pusing. Doktor bukan anak emas.
Kanak2 mati kerana terlebih dos ubat
Cuepac tak setuju kes diheboh dalam akhbar
Apa yang Cuepac tak setuju?
Tindakan sebegini lebih telus berbanding dengan 'mengikut saloran' yang akhirnya akan berakhir didalam bakul sampah. Kita tidak perlu takut dengan kemunculan kebenarannya kelak kerana dengan kebenaran inilah tugas penambahbaikan dapat diambil.
Para doktor juga tidak terlepas dengan pelaksanaan KPI - sepatutnya pelaksanaan KPI kepada doktor dah lama Kerajaan laksanakan. Sudah tiba masanya Kerajaan tak pilih bulu.
Bukan semua hospital beri khidmat tidak memuaskan
Memang diakui bukan semua hospital Kerajaan beri khidmat tak memuaskan tetapi sebilangan besar 90% didalam kategori ini. Kalau tak percaya buat lawatan ke semua hospital & klinik Kerajaan.
Kalau tidak ada angin, pasti pokok tidak akan bergoyang. Kalau pengguna sahaja yang buat laporan dah pastinya Pengarah akan buat laporan dalam akhbar semua perkara yang baik sahaja tetapi disbealik kenyataan tersebut - masalah pengguna dan pesakit masih belum lagi selesai.
"Kami akan menyiasat"
Inilah kata-kata yang akan dikeluarkan oleh Pengarah-Pengarah Hospital. Tak ada ke perkataan lain yang boleh dikeluarkan?
Selagi ada hospital dan pengguna - pasti akan kedengaran karenah-karenah nda isu mengenainya. Yang lepas perlu ada mekanisme dan tatacara yang lebih jelas dan berhemah untuk menangani semua isu yang muncul. Ini kerana pengguna merupakan 'pembayar cukai' dan berhak mendapat perkhidmatan terbaik yang termampu diberikan oleh hospital kerajaan.
Pesakit kesal tunggu lama
Ini isu basi yang seri berlaku. Sehingga kita masuk ke abad ke-21 isu ni masih lagi tak selesai. Apa sebenarnya yang masih berlaku di hospital Kerajaan? Kekurangan doktor, kekurangan paramedik, persekitaran yang sempit, gaji terlalu rendah, kurang kakitangan .......
Semua ni kenalah difikirkan. Orang atas di Kementerian Kesihatan tu kenalah fikir-fikirkan macamana nak selesaikan isu yang dah lapuk ni. Setiap hari masih kedengaran isu ni. Pengguna dah bosan dan kenalah buat sesuatu. Tak perlulah adakan macam-macam program kat hospital sehinggakan petugas-petugas dibebankan dengan pelbagai program dan pesakit diabaikan. Kembali ke basic atau perkhidmatan asas. Kenalah tanya diri sendiri - apakah tugas dan tanggungjawab doktor, paramedik dll? Jangan buat program selain dari memberikan perkhidmatan kepada pesakit.

Doktor curi tulang - laporan menteri
Insiden 'doktor' culas dah dikeluarkan dalam akhbar. Hospital terlibat pun dah kita tahu. Bilangan doktor culas pun kita dah tahu. Timbalan Menteri yang membuat lawatan pun kita dah tahu. Apa lagi yang pengguna perlu tahu dan nak tahu .....
Nama-nama doktor yang 'culas' - mungkin nak jaga imej jabatan (tak perlu tahu kerana nak jaga maruah) mungkin pengguna boleh terima. Tetapi yang pengguna nak tahu, apakah langkah-langkah seterusnya untuk mengelakkan insiden sama tidak berulang. Ini yang pengguna nak tahu. Kalau setakat buat laporan rasmi kepada Menteri sahaja, yang pasti ianya akan habis disitu sahaja hanya untuk beri penerangan yang 'tebaik' kepada menteri nak jaga imej jabatan atau karier masing-masing . Habis kat situ. Tak ada ke 'black paper' atau 'white paper' untuk dibaca oleh pengguna?

Doktor kantoi - Akhbar Tabloid Bacaria 2/5/2009
Pelbagai reaksi dinyatakan oleh pengguna terhadap. Apakah ini yang hendak ditonton oleh pengguna? Banyak lagi reaksi dari 'pembayar cukai' mengenai perkhidmatan doktor.
Tidak dinafikan semua doktor sedemikian. Tetapi inilah hakikatnya, seekor kerbau bawa lumpur semuanya terpalit.
Apakah selepas ini ada reaksi balas dari para-para doktor mengenai isu ini? Kerja ikut jadual, demontrasi senyap dan pelbagai lagi. Yang kelak jadi mangsa ialah pesakit & pengguna. Sebagai penjawat awam, mereka tertakluk kepada peraturan sediada dan tidak memiliki umuniti seperti anak emas.

Saturday, May 2, 2009
Doktor curi tulang
5% Kakitangan awam ponteng
Ini yang kita tahu, bagaimana yang kita tak tahu. Yang ada pun kerja ikut budaya lama tak mahu berubah ikut keadaan semasa. Masih lagi guna kaedah manual. Buat kerja macam 'parrot' tak mahu fikirkan bagaimana nak merubah budaya kerja sediada.
Keadaan sekarang dan totally berubah sejajar dengan era ICT tetapi mentaliti kakitangan awam bekerja masih kat takuk lama gunakan kaedah konvensional. Mereka ni boleh dikategorikan sebagai 'pekerja jumud' macam dinosaur.
Macamana lah nak bersaing dengan pekerja swasta. Orang atas kenalah fikir bagaimana nak bagi motivasi kepada pekerja-pekerja ni, suasah sangat buatkan VSS .....

Subscribe to:
Posts (Atom)